PUSAT Sumber Sekolah Kebangsaan Bertam Hulu, Melaka terletak di tingkat atas bangunan empat tingkat sejak tahun 1994. PSS ini terdiri dari sebuah bilik yang meliputi perpustakaan, bilik tayangan dan bilik BBM. Pada masa itu yang ada di PSS ini hanyalah kerusi, meja, rak-rak, buku-buku, tv, radio, video dan alat BBM. Pada tahun 1997, kekurangan ini mula disedari oleh guru-guru SKBH. Pada bulan Ogos 1997, satu usaha telah dibuat untuk menaikkan taraf PSS. Dengan usaha dan kerjasama yang gigih dari staf SKBH, terbentuklah sebuah PSS yang boleh dibanggakan setelah PSS mencapai kejayaan yang cemerlang pada akhir tahun 1997 dimana PSS Sekolah Kebangsaan Bertam Hulu telah diumukan sebagai Johan Pertandingan Pusat Sumber Sekolah-sekolah Negeri Melaka dalam Kategori gred B pada akhir tahun 1998, hadiah wang tunai sebanyak RM 800.00 serta sijil telah disampaikan oleh YB Datuk Abu Zahar bin Isnin sempena Perasmian Perpustakaan Awam Alor Gajah.
Tidak ada sebarang peruntukan yang diterima untuk memajukan PSS tetapi semua gur-guru dan murid-murid SKBH telah berganding bahu menganjurkan Hari Pasaria pada tahun 1997. Keuntungan dari hasil jualan Pasaria itulah yang digunakan untuk menceriakan PSS.
Usaha pertama yang dibuat ialah memindahkan bilik tayangan dan bilik BBM ke bilik bersebelahan dengan perpustakaan. Dengan terpisahnya bilik tayangan dan bilik BBM ini perpustakaan dapat diperluaskan. Di sinilah dapat diwujudkan beberapa buah sudut seperti:
1.Sudut Warisan.
2.Sudut JQAF.
3.Sudut PROGRAM NILAM
4.Sudut Info -Dadah.
5.Sudut patriotik.
6.Sudut Budaya
7.Sudut bercerita
PENCAPAIAN PSS :
1.Menjadi Johan Pertandingan Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri Melaka 1997/1998 kategori Gred B.
2.Mewakili Negeri Melaka ke Pertandingan Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2000 kategori Luar Bandar.
3.Kedudukan tempat ketiga dalam senarai sekolah di bawah PKG Cheng pada tahun 2010. [ markah: 74.3%].